
![]() |




MAKAN TOMATO BANTU LUTUT LEBIH KUAT
Buah tomato merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.
Warna merah pada tomato ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Tomato juga baik untuk kecantikan dan kehalusan kulit.
Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat pada tomato mampu melindungi sendi tubuh terutamanya lutut dari risiko osteoarthritis. Risiko kecederaan lutut dapat dikurangkan sekiranya cukup pengambilan vitamin C dan beta karoten.
Antioksidan tertentu termasuk lutein dan likopen (yang banyak terkandung di dalam tomato), juga dikaitkan dengan penurunan risiko osteoarthritis lutut.
Selain itu, vitamin E juga bertindak lebih berkesan dalam meredakan kesakitan akibat arthritis daripada ubat antiradang yang lain.
Untuk lutut yang lebih kuat, amalkan pengambilan tomato atau jus tomato.
FAKTOR KENAIKAN BERAT BADAN
Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam Body Mass Index (BMI) iaitu ukuran BMI berdasarkan ketinggian.
Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.Antaranya ialah:
Hormon Tidak Seimbang
• Ramai yang tidak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.
Pemakanan Tidak Sihat
• Kecenderungan masyarakat pada masa sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian serta makan mengikut selera.
Persekitaran
• Bagi mereka yang bekerja di bahagian dapur atau industri pemakanan, peluang untuk mendapatkan obesiti lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di persekitaran lain. Hal ini terjadi kerana mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.
Gen atau Baka
• Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang berbadan gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.
Emosi Tidak Stabil
• Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu mudah mendapat tekanan. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi tekanan berkenaan.
Gaya Hidup Tidak Sihat
• Ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tiada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh seperti sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.
Pengambilan Ubat-ubatan
• Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.
KURANGKAN GULA
Tekanan dan kemurungan dikatakan mampu mendorong seseorang untuk mengambil makanan yang tidak sihat.
Ramai yang berpendapat makanan seperti coklat, gula-gula dan kek mampu mengalih perhatian daripada memikirkan masalah yang melanda.
Bagaimanapun, ianya mengundang masalah pada kesihatan dan secara tak langsung meningkatkan kandungan gula dalam badan.
Berikut ialah laporan jurnal oleh American Heart Association (AHA) yang menyentuh mengenai kandungan gula dalam badan:
• Kebanyakan gula yang diambil adalah daripada minuman berkarbonat dan gula-gula. Seseorang itu akan mendapat lebih kurang 355 kalori daripada dua tin soda dan sepapan coklat.
• Bagi wanita, sebaik-baiknya mengambil gula tidak melebihi enam sudu teh sehari dan ini bersamaan dengan 100 kalori daripada gula (termasuk pemanis dan sirap) yang ditambahkan semasa proses penyediaan makanan.
• Berhati-hati dengan kandungan yogurt yang dimakan kerana 227 gram (gm) yogurt berperisa buah mengandungi lebih kurang enam sudu teh gula, manakala 227 gm susu coklat rendah lemak pula mengandungi empat sudu teh gula.
• Nama untuk gula yang tertera pada label makanan adalah fruktosa,dekstrosa, sirap tebu dan sebagainya.
Terdapat dua jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan tidak tepu.
Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti.
Lemak tepu berbentuk pepejal dan keras dibawah suhu sejuk kerana lemak tepu cepat membeku biasanya
daripada lemak haiwan tetapi tedapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Lemak tidak tepu lembut walaupun disimpan didalam peti sejuk.Kebiasaanya daripada tumbuhan terdapat dua jenis lemak tidak tepu iaitu Lemak Mono Tidak Tepu ‘Monounsaturated Fat –MUFA) seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.
Manakala lemak poli tidak tepu ialah ‘ Polyunsaturated-PUFA) seperti minyak bunga matahari,minyak jagung dan marjerin lembut.
SETIAP produk yang dikeluarkan oleh (HPM) mengandungi perisa oren. Pengasas produk ini, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) memilih perisa oren bagi setiap produknya kerana oren mengandungi pelbagai khasiatnya yang tersendiri.
Antaranya, oren mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal di samping ianya kaya dengan vitamin dan mineral.
Khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan sebagainya.
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, Vitamin B6, fosforus, magnesium, iron riboflavin dan asid pantotenik ini juga mempunyai kadar kandungan kalori yang sangat rendah. Ini bermakna ianya selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Walaupun oren mengandungi karbohidrat tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang amat baik untuk kesihatan.
Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang dengan lebih lama.
Oren merupakan sejenis antioksidan yang sangat baik. Ini kerana Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut ini memainkan peranan penting dalam proses pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan, pembentukan ligament, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Di samping itu, ianya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan ketahanan tubuh dari jangkitan kuman dan penyakit lain.
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, malah ianya juga baik untuk kecantikan kulit. Ini kerana Vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas yang boleh mencetus pelbagai jenis penyakit.
JUS MATE 5
Bagaimana Jus Mate 5 Bertindak
JM5 bertindak dgn mengaktifkan pembakaran lemak (liposis), tingkatkan sel metabolisma, menghalang gula ditukar kepada lemak, memaksimakan gula di guna sebagai sumber tenaga, dlm diet JM5..ada 2 sistem
i) mengurangkan kalori
ii) membakar lemak diaktifkan secara serentak..
Dimana ke2 sistem menyumbang 50% setiap satu, dgn mengurangkan 1/2 jumlah makan (kalori) , anda berupaya aktifkan 25% pembakaran lemak..dan FATBURNER dlm JM5 mampu membakar sejumlah sekurangnya 35% lemak, sehari. anda sekarang , secara total mampu membakar lemak pada tahap sekurangnya 60% sehari …secara kasar sel-sel badan anda berada ditahap aktif membakar lemak n mengurangkan berat badan dgn program JDM…formulasi JM5 , ..berdasarkan pemakanan seimbang yg rendah lemak, protein,kaborhidrat…serta tinggi serat fiber, sayur n buahan. walaupun kalori intake 1000kcal/day tiada ’shut down’ metabolisma berlaku,..sel-sel bekerja pada tahap normal / lebih aktif…ini membolehkan lemak dibakar, tenaga di jana dari sumber dalaman.
Not suitable for phenylketonurics
Not suitable for phenylketonurics ada ditulis di peket jus mate 5. Ini bermaksud :- Aspartame 1-2% reduce penyingkiran uric acid oleh renal..dgn ganggu keberkesanan enzim tersebut,so yg berpenyakit gout , elok ambil JM5 low sweet yg contain pemanis yg bukan aspartame.
Untuk penyakit gout ada special edition jus mate 5 utk yg gout. Pastikan bagi sesiapa yg ada gout, order yg special for gout.
Bagi Ibu yg menyusu baby
Bagi ibu yg menyusukan baby boleh amik jus mate 5. Sedikit ( 0-2-1%) JM5 akan excreted to milk…ini adalah peratusan yg amat kecil dan secara klinikal tidak memberi kesan sampingan pada bayi, yg menyusu.
Dinasihatkan minum byk air dan amal serat / fiber .
Biasanya kesan kekenyangan akan hilang bila air susu bertambah.
Pengidap darah tinggi
Ubatan darah tinggi pada awalnya terus diamal seperti biasa , dan pesakit kena regular check tekanan darah, sekiranya darah tinggi sudah normal, bolehlah kurangkan dose atau stop.
Ambil ubat darah tinggi sebelum 2 jam ambil JM5 dgn plain water
JM5 menurunkan darah dgn :-
1. Kurangkan kolestrol ini mengurangkan periperal resistant.
2. Membuang toxin yg bahaya dari dalam usus
3. Mengurankan kadar tindakbalas cortisol
4. mengurangkan pre / post load utk jantung
Penghidap Gastrik
Bagi penguna yg alami gastrik, kena terus amalkan ubat gastrik, ambil dgn air kosong seperti biasa. Kebiasaannya di permulaan , gastrik akan terasa , ini disebabkan perut kosong dan asid tidak di nuetralkan oleh makanan…namun HCA dlm JM5 mampu menyediakan lapisan pelindung pareital sel gastrik daripada serangan asid dan mengurangkan jumlah asid tg dirembes. Bila perubahan sudah berlaku, gastik akan berkurang…dan hilang.
Pesakit yg mengalami Diabetes Melitus ada dua jenis:-
1. Insuliin dependant
2. insulin resistant ..testimoni JM5 memberi khabar gembira ,.dpt bantu kedua golongan pesakit ini utk kontrol tahap gula dlm darah.
Pesakit DM dan gemuk ada kemungkinan tinggi utk sembuh sepenuhnya dgn pengamalan JM5, terutama jika dia mampu dpt berat ideal.
Secara ringkas JM5 mengurangkan sel lemak yg menjadi halangan utk isulin bertindak. bahan asab seperti l-carnitine, guar gum dan HCA dlm garcinia / supercitrimax mampu mengaktifkan insulin receptor pada target organ dan stimulat b-cell pada kelenjar pancreas mengeluarkan lebih insulin.
Dr Rozmey nasihatkan mereka yg ambil pil oral hypoglycemia, agar lakukan blood test RBS lebih kerap, pada waktu petang jika tahap gula normal (4-6.8 mmol) , penguna tidak lagi perlu ambil ubat tersebut.
Sekiranya tahap gula normal , mereka boleh berhenti ambil ubat.
Utk mereka yg mengambil insulin,.kemungkinan perlu mengurangkan dos insulin yg diambil.
Wajib alami dgn JUS MATE 5
Pengamal M5 wajib alami 1.Kenyang 2. Bertenaga 3. Tidak suka makan
dan penurunan berat badan.
Sekiranya anda tidak alami 3 perkara diatas dan lebih malang sekiranya ada merasa sangat lapar, letih, sakit kepala atau menggigil, 90% dari penguna yg mengalami masaalah spt diatas pernah mengamal produk pelangsingan berkimia ( Subertamine, Phenteramine, Fluramine, Caffine ) . Mereka yg mengambil pil psychotropic, steroid, pil / suntikan perancang keluarga juga kerap memberi halangan dan kesan /withdrawal terhadap JM5.
Apa yg terjadi: Sel-sel otak dan lemak telah ada memori kesan kerosakan yg disebabkan bahan berkimia,.tahap hormone anda menjadi tidak normal, kadar pengeluaran enzim pembakar lemak berkurang dan sukar diaktifkan, badan dlm keadaan stress akan mengaktifkan pengeluaran hormone cortisol , disamping sel-sel lemak aktif membentuk hormone androgen dan prolactine ,..ini menjadikan amat sukar utk aktifkan metabolisma / pembakaran lemak.
Kesan tekanan pada centre pemakanan , menghalang JM5 mengaktifkan neurotransmiter serotonin utk merubah setting centre pemakanan kepada tahap merasa kenyang,..dlm keadaan yg extreme,..kesan lampau kerosakan memori ini ..menyerang balas menghasikan gejala 'withdrawl effect seperti lapar, mengigil, sakit kepala.
SO...apa yang harus anda lakukan ???
JGN RISAU...gejala ini hanya sementara,..sekiranya anda bersabar / melawan anda pasti menang dan dapat atasi gejala ini dan mula menikmati sensasi JDM5 yaitu 1. Kenyang 2. Bertenaga . Tak ingat makan dan penurunan berat badan.
Jika anda tidak mampu melawan gejala ini,..anda harus terus ambil JM5 utk kali ke 2 ,..pastinya keesokan hari gejala ini berkurang dan seterusnya , anda bebas dan mula betul-betul berada dlm program JM5.
Dlm diet JDM5 ..1. Pembakaran lemak (JM5) 2. Pengurangan ambil kalori mestilah anda lakukan secara aktif dan serentak (1000kcal/ day). Kemudian anda harus displin dan merubah jenis makanan / kalori yg anda ambil pd jumalh total 1000kcal/day.
Mulalah sukakan makan sayuran , buahan dan minum plain water...dan anda harus juga ambil makanan kegemaran anda ini pada 4-5 hidangan yg kecil . eg .jika anda memilih makan 1 mangkuk sup sayur,..makanlah dlm 3 pecahan kecil..1/3 pagi , 1/ 3 jam 4 , 1/3 jam 8;
Jika anda ingin makan sebiji epal ; 1/4 pagi , 1/4 jam 3 , 1/4 jam 6, 1/4 jam 8;
dgn amalan diet begini tahap rembesan enzim didalam perut/ usus dan pembakar lemak senantiasa ditahap optima dan kerja 'FATBURNER' dlm JM5 tidak terganggu.
Amalan diet yg anda amalkan ini,..nanti akan mengajar anda suka dan kekal menjalani kehidupan yg sihat,. Apabila anda sudah mencapai berat badan idaman / ideal,..anda tidak perlu rungsing lagi,..anda bukan saja belajar diet yg seimbang,..sekarang personaliti, penampilan luaran anda , emosi dan keyakinan anda tinggi dan berbeza,..Tahap metabolisma sel badan, tahap enzim , tahap hormone yg optima membolehkan anda sihat, cergas dan membakar / menguna semua kalori yg diambil tanpa risiko disimpang sebagai lemak walaupun anda sudah tidak lagi mengambil JUS MATE 5.
Pesakit Jantung
M5 bantu pesakit jantung secara direct dgn mengurangkan kolestrol, testimoni M5 total kolestrol 6.5 mmol turun ke 5.9mmol hanya dlm sebulan ambil M5. Pengurangan ini amat byk berbanding dgn amalan ubatan anti kolestrol yg doc beri ( ubatan modern/ hospital), ini kerana penguna displin diet dan kebolehan M5 kurangkan lemak melalui lipolisis dan guar gum yg menghalang lemak diserap dan membuang lemak dari usus. Pengurangan kolestrol dlm darah ini mengurangkan kelikatan darah lantas melancarkan peredaran darah,..kebolehan M5 mengurangkan pembentukan atheroma baru pada salur darah dan mengikis / mengurang atheroma yg telah terbentuk juga menjadikan diameter salur darah lebih besar dan ini mengurangkan total peripheral resistant lantas menurunkan tekanan darah tinggi.
Secara tidak langsung, apabila badan anda semakin mencecah berat ideal,.aktiviti dan pergerakkan anda lebih aktif dan ini baik utk kardiovascular.
Produk yg mengandungi kimia seburtamine menyebabkan jantung berdenyut laju dan boleh mengagalkan fungsi jantung yg tidak normal.
Mate 5 selamat utk mereka yg berpenyakit jantung ,.malah dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan kegagalan jantung.
Info dari metro
Tepis beberapa mitos mengenai pemakanan
Soalan : 1) Benarkah kita tidak digalakkan makan mlm jam 7 mlm?
2) Bolehkah kita mkn kerap berbanding biasa? Sahazliza menjawab beberapa mitos itu.
- Jangan mkn selepas jam 7 mlm, jika tidak ia menambah berat badan.
"Sebenarnya, tak ikut masa pun. Seelok-eloknya kita makan empat jam sebelum tidur kerana makanan hanya hadam sepenuhnya selepas empat jam ia diambil.
"Contohnya, jika kita makan jam 7 malam, kita boleh tidur jam 11 malam. Perut pun rasa lebih selesa. Jika terjaga tengah malam dan rasa lapar, ambil minuman bercoklat sudah memadai."
Mitos 2
- Makan dalam hidangan kecil setiap tiga jam.
"Kalau rasa hendak menurunkan berat badan, tak perlu makan setiap tiga jam. Saya selalu menggalakkan enam hidangan kecil setiap hari. Hidangan kecil ini bukannya makan nasi dalam pinggan kecil.
"Pinggannya saja yang kecil tapi kalorinya tinggi. Sebaik-baiknya makan bahan yang rendah kalori seperti epal dan roti."
Mitos 3
- Jangan makan apabila rasa lapar.
"Kalau kita makan ketika benar-benar lapar, kita mungkin ambil hidangan yang berlebihan dan tinggi kalori serta lemak. Itu semuanya nafsu.
"Saya nasihatkan jangan makan sambil menonton televisyen kerana kita akan sentiasa lapar. Apabila itu berlaku, kita pasti menambah hidangan hingga akhirnya makan secara berlebihan."
Mitos 4
- Ikut diet selama enam hari seminggu, kemudian makan sepuasnya pada hujung minggu sebagai ganjaran kepada diet
"Ia boleh membuatkan badan terkejut dengan perubahan itu. Disebabkan sistem badan kita sudah terbiasa dengan kawalan pemakanan yang seimbang, ia pasti tiba-tiba terganggu dan boleh memberi kesan buruk pada tubuh."
Mitos 5
- Karbohidrat itu tidak baik, kesannya sama buruk seperti lemak.
"Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk tubuh. Kalau kita bersenam, bukan lemak yang dibakar tapi sumber karbohidrat (glikogen) yang dibakar sebagai sumber tenaga.
"Karbohidrat hanya memudaratkan apabila diambil secara berlebihan. Jadi, kita disyorkan amalkan kesederhanaan."
Info sihat
Pisang, tomato langsing sihat.
Mengurangkan pengambilan kalori memberi kesan efektif kepada penurunan berat badan, namun tidak bermakna anda perlu berlapar sepanjang hari.
Sebenarnya, anda boleh makan selagi yang anda makan itu bukan makanan berkalori dan gula.
Buah buahan adalah makanan paling sihat dan telah terbukti berkesan menahan rasa lapar tanpa menganggu rutin diet.
Tomato dan Pisang, dua jenis buah ini boleh anda cuba.
Pengambilan satu biji pisang waktu pagi bersama air suam adalah diet cukup sederhana. Waktu siang dan malam anda boleh makan apa saja, termasuk makanan ringan. Cuma elakkan makan selepas pukul lapan malam, makan ringan boleh di makan tetapi hanya waktu siang sahaja.
Pisang mengandungi enzim yang boleh mempercepatkan proses pencernaan dan buang air besar, secara tidak langsung memberi kesan pada penurunan berat badan.
Karbohidrat yang terkandung dalam pisang boleh membantu perut berasa kenyang dan meningkatkan pembakaran lemak.
Selain pisang anda boleh menggantikan dengan tomato. Menurut Dr. Kulie Lovegrove dari Reading University, makan tomato membantu kenyang dan tidak mendorong anda mengambil makanan kudapan.
Menurut Lovegrove, tomato kaya dengan komponen komponen boleh mengubah kadar hormon penyelaras selera makan, salah satu hormon yang dipengaruhi adalah ghrelin. Kadar ghrelin rendah akan membuat seseorg berasa kenyang.
Seterusnya Lycopene (warna merah tomato) juga menghadkan selera makan, lycopene merupakan komponen yang sebelumnya telah dibuktikan sangat baik untuk kesihatan termasuk berperanan dalam melawan kanser dan meningkatkan kesuburan. Elemen penting satu ini juga dibuktikan sangat berkesan mencegah, memerangi serta melewatkan perkembangan kanser prostat.
INFO DARI DATUK DR ROZMEY
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
No products
Shipping
RM0.00
Total
RM1,500.00
No new product at this time
No specials at this time
|
|